Pahala menyedekahkan air, garam, dan api

TEKS BAHASA ARAB

يا حميراء من أعطى نارا فكأنما تصدق بجميع ما نضجت تلك النار، ومن أعطى ملحا فكأنما تصدق بجميع ما طيب ذلك الملح، ومن سقى مسلما شربة من ماء حيث يوجد الماء فكأنما أعتق رقبة، ومن سقى مسلما شربة من ماء حيث لا يوجد، فكأنما أحياها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aisyah RA berkata: Wahai Rasulullah! Apakah perkara yang tidak boleh dilarang (pemberiannya)? Baginda bersabda: “Air, garam, api.” Beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Air ini kami mengetahuinya, bagaimana pula dengan garam dan api? Nabi bersabda: “Wahai Humaira’! Sesiapa yang memberi api, dia seakan bersedekah dengan semua perkara yang dibakar oleh api itu (yakni manfaat yang terhasil dari api tersebut), sesiapa yang memberi garam, dia seperti bersedekah semua perkara yang menjadi sedap dengan sebab garam itu. Sesiapa yang memberi seorang muslim minuman dari air, ketika air dijumpai, pahalanya seperti membebaskan seorang hamba, sesiapa yang memberi seorang muslim minuman ketika air tidak dijumpai, maka pahalanya seperti menghidupkan (seorang hamba)."

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 862, hadis nombor 4400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- أنها قالت: يا رسول الله ما الشيء الذي لا يحل منعه؟ قال: ((الماء والملح والنار))، قالت: قلت: يا رسول الله هذا الماء قد عرفناه فما بال الملح والنار؟ قال: ((يا حميراء من أعطى نارا فكأنما تصدق بجميع ما نضجت تلك النار، ومن أعطى ملحا فكأنما تصدق بجميع ما طيب ذلك الملح، ومن سقى مسلما شربة من ماء حيث يوجد الماء فكأنما أعتق رقبة، ومن سقى مسلما شربة من ماء حيث لا يوجد، فكأنما أحياها)). [هـ، ((الضعيفة)) (120)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA berkata: Wahai Rasulullah! Apakah perkara yang tidak boleh dilarang (pemberiannya)? Baginda bersabda: “Air, garam, api.” Beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Air ini kami mengetahuinya, bagaimana pula dengan garam dan api? Nabi bersabda: “Wahai Humaira’! Sesiapa yang memberi api, dia seakan bersedekah dengan semua perkara yang dibakar oleh api itu (yakni manfaat yang terhasil dari api tersebut), sesiapa yang memberi garam, dia seperti bersedekah semua perkara yang menjadi sedap dengan sebab garam itu. Sesiapa yang memberi seorang muslim minuman dari air, ketika air dijumpai, pahalanya seperti membebaskan seorang hamba, sesiapa yang memberi seorang muslim minuman ketika air tidak dijumpai, maka pahalanya seperti menghidupkan (seorang hamba).”
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 120].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs