Pahala menunaikan hajat seorang Muslim seperti bekhidmat kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من قضى لأخيه المسلم حاجة كان له من الأجر كمن خدم الله عمره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan hajat untuk saudaranya yang muslim, maka Allah akan berikan padanya pahala seperti orang yang berkhidmat kepada Allah sepanjang umurnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis nombor 4419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من قضى لأخيه المسلم حاجة كان له من الأجر كمن خدم الله عمره)). [حل، خط، السلفي في ((أحاديث منتخبة))، ((الضعيفة)) (753)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’: “Sesiapa yang menunaikan hajat untuk saudaranya yang muslim, maka Allah akan berikan padanya pahala seperti orang yang berkhidmat kepada Allah sepanjang umurnya.”
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Salafi dalam Ahadith Muntakhabah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 753].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs