Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَأَنْ تَدْعُوَ أَخَاكَ الْمُسْلِمَ فَتُطْعِمَهُ وَتَسْقِيَهُ؛ أَعْظَمُ لِأَجْرِكَ مِنْ أَنْ تَتَصَدَّقَ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِيْنَ دِرْهَمًا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu mengajak saudara se-Islam kamu, lalu kamu memberi makan dan minum kepadanya, ganjaran pahalanya lebih besar berbanding pahala kamu bersedekah sebanyak 25 Dirham.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis no. 587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu mengajak saudara se-Islam kamu, lalu kamu memberi makan dan minum kepadanya, ganjaran pahalanya lebih besar berbanding pahala kamu bersedekah sebanyak 25 Dirham. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah no.5586]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman