Pahala membantu menunaikan hajat seorang Muslim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ذهب في حاجة أخيه المسلم فقضيت حاجته كتبت له حجة وعمرة، وإن لم تقض كتبت له عمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang pergi untuk menunaikan hajat seorang saudaranya yang muslim dan kemudian ditunaikan hajatnya, ditulis baginya pahala haji dan umrah, sekiranya ia tidak ditunaikan (sekalipun), akan ditulis baginya pahala umrah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis nombor 4416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن الحسن -رضي الله عنه- قال: خرج الحسن يطوف بالكعبة، فقام إليه رجل فقال: يا أبا محمد! اذهب معي في حاجتي إلى فلان، فترك الطواف وذهب معه، فلما ذهب خرج إليه رجل حاسدا للرجل الذي ذهب معه، فقال: يا أبا محمد تركت الطواف وذهبت مع فلان إلى حاجته؟ قال: فقال له حسن: كيف لا أذهب معه ورسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من ذهب في حاجة أخيه المسلم فقضيت حاجته كتبت له حجة وعمرة، وإن لم تقض كتبت له عمرة)). فقد اكتسبت حجة وعمرة، ورجعت إلى طوافي. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (769)].

(Palsu)
Daripada Ali bin al-Hasan berkata: Al-Hasan keluar dan bertawaf di Kaabah, lalu seorang lelaki bangun dan berkata: Wahai Abu Muhammad! Marilah pergi bersamaku untuk menunaikan hajatku kepada fulan, lalu dia meninggalkan tawaf dan pergi bersamanya, ketika dia (al-Hasan) pergi, keluarlah seorang lelaki pergi kepadanya dalam keadaan merasa dengki dengan lelaki yang pergi bersamanya (yakni:bersama al-Hasan) dan berkata: Wahai Abu Muhammad, engkau meninggalkan tawaf dan pergi bersama fulan demi hajatnya? Dia (Ali) berkata: al-Hasan berkata kepadanya: Bagaimana aku tidak pergi bersamanya sedangkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pergi untuk menunaikan hajat seorang saudaranya yang muslim dan kemudian ditunaikan hajatnya, ditulis baginya pahala haji dan umrah, sekiranya ia tidak ditunaikan (sekalipun), akan ditulis baginya pahala umrah.” Aku telah mendapat haji dan umrah, dan aku (telah pun) kembali bertawaf.”
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 769].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.