Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن ذهب في حاجةِ أَخِيهِ المسلمِ فقُضِيَتْ حاجتُه كُتِبَتْ له حَجَّةٌ وعُمْرَةٌ، وإن لم تُقْضَ كُتِبَتْ له عُمْرَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang pergi untuk menunaikan hajat seorang saudaranya yang muslim dan kemudian ditunaikan hajatnya, ditulis baginya pahala haji dan umrah, sekiranya ia tidak ditunaikan (sekalipun), akan ditulis baginya pahala umrah.
Sahabat Perawi
- Ali bin al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis no. 4416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ali bin al-Hasan berkata: Al-Hasan keluar dan bertawaf di Kaabah, lalu seorang lelaki bangun dan berkata: Wahai Abu Muhammad! Marilah pergi bersamaku untuk menunaikan hajatku kepada fulan, lalu dia meninggalkan tawaf dan pergi bersamanya, ketika dia (al-Hasan) pergi, keluarlah seorang lelaki pergi kepadanya dalam keadaan merasa dengki dengan lelaki yang pergi bersamanya (yakni:bersama al-Hasan) dan berkata: Wahai Abu Muhammad, engkau meninggalkan tawaf dan pergi bersama fulan demi hajatnya? Dia (Ali) berkata: al-Hasan berkata kepadanya: Bagaimana aku tidak pergi bersamanya sedangkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pergi untuk menunaikan hajat seorang saudaranya yang muslim dan kemudian ditunaikan hajatnya, ditulis baginya pahala haji dan umrah, sekiranya ia tidak ditunaikan (sekalipun), akan ditulis baginya pahala umrah.” Aku telah mendapat haji dan umrah, dan aku (telah pun) kembali bertawaf.”
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman