Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pahala berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa

Teks Bahasa Arab

بِرُّ الوالديْنِ يُجزئُ من الجهادِ.

Teks Bahasa Melayu

(Pahala) berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa lebih besar berbanding pahala (melaksanakan) jihad.

Sahabat Perawi

  1. al-Hasan

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1031, hadis no. 5287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((بر الوالدين يجزئ من الجهاد)). [ش، ((الضعيفة)) (7151)]

(Lemah) Daripada al-Hasan (beliau) berkata: Rasulullah SAW bersabda: “(Pahala) berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa lebih besar berbanding pahala (melaksanakan) jihad.” [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam Musannaf beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7151]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.