Pahala bagi sedekah yang dilakukan bagi pihak si mati akan sampai kepada si mati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من أهل بيت يموت منهم ميت فيتصدقون عنه بعد موته إلا أهداها له جبريل عليه السلام على طبق نور، ثم يقف على شفير القبر فيقول: يا صاحب القبر العميق: هذه هدية أهداها إليك أهلك فاقبلها، فيدخل عليه فيفرح بها ويستبشر، ويحزن جيرانه الذين لا يهدى إليهم شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada mana-mana penghuni sebuah rumah yang meninggal salah seorang daripada mereka, lalu mereka bersedekah bagi pihaknya selepas kematiannya, kecuali (pahala) sedekah tersebut akan dihadiahkan kepadanya oleh Jibril AS (dalam bentuk) dulang bercahaya, kemudian Jibril akan duduk di atas kuburnya [lalu berkata: Wahai penghuni kubur] yang dalam: Inilah hadiah yang dihadiahkan kepada kamu oleh ahli keluarga kamu maka terimalah, lalu Jibril masuk bertemunya, maka dia merasa gembira dengan pemberian itu dan merasa senang hati, (melihatkan hal itu), bersedihlah jirannya yang tidak dihadiahkan apa-apa pun.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 861, hadis nombor 4396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من أهل بيت يموت منهم ميت فيتصدقون عنه بعد موته إلا أهداها له جبريل عليه السلام على طبق نور، ثم يقف على شفير القبر [فيقول: يا صاحب القبر] العميق: هذه هدية أهداها إليك أهلك فاقبلها، فيدخل عليه فيفرح بها ويستبشر، ويحزن جيرانه الذين لا يهدى إليهم شيء)). [طس، ((الضعيفة)) (486)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada mana-mana penghuni sebuah rumah yang meninggal salah seorang daripada mereka, lalu mereka bersedekah bagi pihaknya selepas kematiannya, kecuali (pahala) sedekah tersebut akan dihadiahkan kepadanya oleh Jibril AS (dalam bentuk) dulang bercahaya, kemudian Jibril akan duduk di atas kuburnya [lalu berkata: Wahai penghuni kubur] yang dalam: Inilah hadiah yang dihadiahkan kepada kamu oleh ahli keluarga kamu maka terimalah, lalu Jibril masuk bertemunya, maka dia merasa gembira dengan pemberian itu dan merasa senang hati, (melihatkan hal itu), bersedihlah jirannya yang tidak dihadiahkan apa-apa pun."
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 486]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.