Paha ‘Abdullah Ibn Khirāsh berada di dalam neraka Jahannam

TEKS BAHASA ARAB

فخذ عبد الله بن خراش في جهنم مثل أحد، وضرسه مثل البيضاء. قال أبو هريرة: ولم ذاك يا رسول الله؟! قال: كان عاقا لوالديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku keluar berjalan bersama bapaku di kawasan al-Ḥarrah, lalu aku bertemu dengan Abū Hurayrah RA dan beliau telah bertanya: “Siapakah ini?” Aku telah menjawab: “Ini bapaku”. Kemudian beliau telah berkata: “Janganlah kamu berjalan di hadapan bapa kamu. Akan tetapi berjalanlah di belakangnya dan juga di sisinya. Dan jangan kamu biarkan seseorang menghalang antara kamu dengan bapa kamu. Jangan kamu berjalan di atas unta yang mana bapa kamu berada di bawahnya. Jangan kamu makan tetulang yang mana bapamu telah melihat ke arahnya. Kerana boleh jadi bapamu menginginkannya”. Kemudian beliau telah berkata: “Adakah kamu mengenali ‘Abdullah ibn Khirāsh?” Aku telah menjawab: “Tidak”. Beliau telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Paha ‘Abdullah Ibn Khirāsh berada di dalam neraka Jahannam seperti bukit Uhud, manakala gigi gerahamnya seperti (bukit) al-Baiḍā’.” Abū Hurayrah R.A telah bertanya: “Mengapakah boleh jadi begitu wahai Rasulullah?!” Baginda SAW telah menjawab: “Beliau dahulunya derhaka kepada kedua ibu bapanya”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 98, hadis nombor 505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي غسان الضبي، قال: خرجت أمشي مع أبي بظهر الحرة، فلقيني أبو هريرة فقال: من هذا؟ قلت: أبي. قال: لا تمش بين يدي أبيك، ولكن امش خلفه وإلى جنبه، ولا تدع أحدا يحول بينك وبينه، ولا تمش فوق إجار أبوك تحته، ولا تأكل عرقاً أبوك قد نظر إليه؛ لعله قد اشتهاه. ثم قال: أتعرف عبد الله بن خراش؟ قلت: لا. قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: فخذ عبدالله بن خراش في جهنم مثل أحد، وضرسه مثل البيضاء. قال أبو هريرة: ولم ذاك يا رسول الله؟! قال: كان عاقاً لوالديه.
[طس، ((الضعيفة)) (5306)]

(Lemah)
Daripada Abū Ghassān al-Ḍabbī, beliau telah berkata: Aku keluar berjalan bersama bapaku di kawasan al-Ḥarrah, lalu aku bertemu dengan Abū Hurayrah RA dan beliau telah bertanya: “Siapakah ini?” Aku telah menjawab: “Ini bapaku”. Kemudian beliau telah berkata: “Janganlah kamu berjalan di hadapan bapa kamu. Akan tetapi berjalanlah di belakangnya dan juga di sisinya. Dan jangan kamu biarkan seseorang menghalang antara kamu dengan bapa kamu. Jangan kamu berjalan di atas unta yang mana bapa kamu berada di bawahnya. Jangan kamu makan tetulang yang mana bapamu telah melihat ke arahnya. Kerana boleh jadi bapamu inginkannya”. Kemudian beliau telah berkata: “Adakah kamu mengenali ‘Abdullah ibn Khirāsh?” Aku telah menjawab: “Tidak”. Beliau telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Paha ‘Abdullah Ibn Khirāsh berada di dalam neraka Jahannam seperti bukit Uhud, manakala gigi gerahamnya seperti (bukit) al-Baiḍā’.” Abū Hurayrah R.A telah bertanya: “Mengapakah boleh jadi begitu wahai Rasulullah?!” Baginda SAW telah menjawab: “Beliau dahulunya derhaka kepada kedua ibu bapanya”.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5306]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs