Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Padanya (hari Selasa) terdapat satu ketika yang darah tidak akan berhenti mengalir

Teks Bahasa Arab

حدثتنِي عمتِي كيّسة أن أَبَا بكرة كَانَ يَنهَى عَن الحجامة يَوم الثُلَاثَاء، ويزعم عَن رَسُول الله - صلى الله عليه وسلم - أنه يوم الدَّم وَيَقُول: ((فِيهِ سَاعَةٌ لَا يَرْقَأُ فِيهَا الدَّمُ)).

Teks Bahasa Melayu

Padanya (hari Selasa) terdapat satu ketika yang darah tidak akan berhenti mengalir.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdul Aziz bin Abu Bakrah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis no. 5935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بكار بن عبد العزيز بن أبي بكرة، قال: حدثتني عمتي كيسة أن أبا بكرة كان ينهى عن الحجامة يوم الثلاثاء، ويزعم عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أنه يوم الدم ويقول:((فيه ساعة لا يرقأ فيها الدم)). [د، عق، ((الضعيفة)) (2251)]

(ٍSangat Lemah) Daripada ‘Abdul Aziz bin Abu Bakrah telah berkata: Ibu saudaraku Kayyisah telah menceritakan kepada aku bahawa Abu Bakrah pernah melarang berbekam pada hari Selasa, dia mendakwa bahawa sesungguhnya Rasulullah mengatakan bahawa hari tersebut adalah hari darah, dan bersabda lagi: ((Padanya (hari Selasa) terdapat satu ketika yang darah tidak akan berhenti mengalir)). [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, dan al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2251]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.