TEKS BAHASA ARAB
{وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها} أما {من في السماوات}؛ فالملائكة، وأما من في {الأرض}؛ فمن ولد على الإسلام، وأما {كرها}؛ فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال؛ يقادون إلى الجنةِ وهم كارهون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
{Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nya lah mereka dikembalikan} [Surah Āli ‘Imrān ayat 83]. Adapun {siapa yang berada di langit} ialah malaikat. Adapun siapa yang berada di {bumi} ialah sesiapa sahaja yang dilahirkan dalam Islam. Adapun yang secara {terpaksa} ialah sesiapa yang dibawakan daripada tawanan umat yang dirantai dan dibelenggu serta dibawa ke syurga dalam keadaan mereka tidak menginginkannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1543, hadis nombor 7834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها} أما {من في السماوات}؛ فالملائكة، وأما من في {الأرض}؛ فمن ولد على الإسلام، وأما {كرها}؛ فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال؛ يقادون إلى الجنةِ وهم كارهون)). [طب، ((الضعيفة)) (5603)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: {Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nya lah mereka dikembalikan} [Surah Āli ‘Imrān ayat 83]. Adapun {siapa yang berada di langit} ialah malaikat. Adapun siapa yang berada di {bumi} ialah sesiapa sahaja yang dilahirkan dalam Islam. Adapun yang secara {terpaksa} ialah sesiapa yang dibawakan daripada tawanan umat yang dirantai dan dibelenggu serta dibawa ke syurga dalam keadaan mereka tidak menginginkannya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5603]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.