Pada zaman Rasulullah SAW terdapat sembilan buah masjid di Madinah

TEKS BAHASA ARAB

كان بالمدينة تسعة مساجد مع مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم، يسمع أهلها تأذين بلال على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم، فيصلّون في مساجدهم، أقربها مسجد بني عمرو بن مبذول من بني النجار، ومسجد بني ساعدة، ومسجد بني عبيد، ومسجد بني سلمة، ومسجد بني راتج من بني عبد الأشهل، ومسجد بني زُريق، ومسجد بني غِفار، ومسجد أسلم، ومسجد جُهَيْنة، ويشكّ في التاسع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu di Madinah terdapat sembilan buah masjid bersama dengan masjid Rasulullah SAW. Penduduknya mendengar azan Bilal RA pada zaman Rasulullah SAW, lalu mereka menunaikan solat di masjid-masjid mereka. Yang paling hampir (dengan Masjid Nabi) ialah masjid Bani ‘Amr ibn Mabdhul dari Bani al-Najjar, masjid Bani Sa‘adah, masjid Bani ‘Ubayd, masjid Bani Salamah, masjid Bani Ratij dari Bani ‘Abd al-Asyhal, masjid Bani Zurayq, masjid Bani Ghifar, masjid Aslam, masjid Juhaynah. Dan beliau menjadi syak pada masjid yang kesembilan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 113, hadis nombor 582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن بكير بن الأشج، قال: كان بالمدينة تسعة مساجد مع مسجد رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، يسمع أهلها تأذين بلال على عهد رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فيصلّون في مساجدهم، أقربها مسجد بني عمرو بن مبذول من بني النجار، ومسجد بني ساعدة، ومسجد بني عبيد، ومسجد بني سلمة، ومسجد بني راتج من بني عبد الأشهل، ومسجد بني زُريق، ومسجد بني غِفار، ومسجد أسلم، ومسجد جُهَيْنة، ويشكّ في التاسع.
[قط، د في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (5640)]

(Lemah)
Daripada Bukayr ibn al-Ashajj berkata: Dahulu di Madinah terdapat sembilan buah masjid bersama dengan masjid Rasulullah SAW. Penduduknya mendengar azan Bilal RA pada zaman Rasulullah SAW, lalu mereka menunaikan solat di masjid-masjid mereka. Yang paling hampir (dengan Masjid Nabi) ialah masjid Bani ‘Amr ibn Mabdhul dari Bani al-Najjar, masjid Bani Sa‘adah, masjid Bani ‘Ubayd, masjid Bani Salamah, masjid Bani Ratij dari Bani ‘Abd al-Asyhal, masjid Bani Zurayq, masjid Bani Ghifar, masjid Aslam, masjid Juhaynah. Dan beliau menjadi syak pada masjid yang kesembilan.
[Riwayat Sunan al-Daraquṭni dan Sunan Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5640]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs