Pada tiap sesuatu ada asal-usulnya,

TEKS BAHASA ARAB

 لِكُلِّ شَيْءٍ مَعْدِنٌ وَمَعْدِنُ التَّقْوَى قُلُوبُ العاقلين

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada tiap sesuatu ada asal-usulnya, dan asal ketakwaan adalah hati orang-orang yang berakal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Direkodkan oleh al-Khatib di dalam kitab Tarikh Baghdad (4/11) dan Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (1/268). Ibnu Jauzi menegaskan bahawa hadis ini tidak sahih. Imam az-Zahabi meriwayatkan di dalam kitab Mizan al-‘Itidal (2/424) dan beliau mengatakan: (Hadis ini diambil daripada Musnad asy-Syihab). Manakala Imam asy-Syaukani menukilkan hadis ini di dalam kitab al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 475) daripada Imam Zahabi. Imam Zahabi menegaskan bahawa hadis ini maudhu’ (palsu). Rujuk: al-Asrar al-Marfu’ah (ms 143). Lafaz al-‘Aarifin (orang-orang yang mengetahui) adalah perkataan asal di dalam kitab Mizan al-‘Itidal manakala di dalam kitab al-Maudhu’at dan al-Fawaid al-Majmu’ah adalah al-‘Aqilin (orang-orang yang berakal).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon