Pada suatu hari yang mana ia adalah giliran malamku bersama dengan Rasulullah SAW

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كانت ليلتي من رسول الله صلى الله عليه وسلم، فانسل، فظننت أنما انسل إلى بعض نسائه، فخرجت غيرى، فإذا أنا به ساجد كالثوب الطريح فسمعته يقول: سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، رب هذه يدي وما جنيت به على نفسي، يا عظيم، ترجى لكل عظيم، فاغفر الذنب العظيم، قالت: فرفع رأسه فقال: ما أخرجك؟ قالت: ظن ظننته، قال: إن بعض الظن إثم، واستغفري الله، إن جبريل أتاني فأمرني أن أقول هذه الكلمات التي سمعت، فقوليها في سجودك، فإنه من قالها لم يرفع رأسه حتى يغفر أظنه قال: له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada suatu hari yang mana ia adalah giliran malamku bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba baginda keluar secara perlahan-lahan. Lalu aku menyangka bahawa baginda keluar menuju ke rumah sebahagian isteri baginda. Maka keluarlah perasaan cemburuku. Tiba-tiba aku melihat baginda sedang bersujud seperti pakaian yang terhampar, lalu aku mendengar baginda berkata: Telah bersujud untuk-Mu seluruh tubuhku dan jantung hatiku telah beriman dengan-Mu. Wahai Tuhanku, ini adalah kedua tanganku dan apa yang telah aku bentangkan daripada jasadku. Wahai Tuhan yang Maha Agung, yang diharapkan bagi setiap keagungan, maka ampunkanlah dosa-dosaku yang besar. ‘Ā’ishah berkata: Kemudian baginda mengangkat kepala baginda lalu bertanya: Apa yang menyebabkan kamu keluar? ‘Ā’ishah menjawab: Kerana sangkaan yang aku rasakan! Lalu baginda berkata: Sesungguhnya sebahagian sangkaan itu ialah dosa, dan beristighfarlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku, lalu dia mengarahkan aku agar aku membaca beberapa kalimah yang kamu dengar itu. Hendaklah kamu membacanya di dalam sujud kamu. Kerana sesiapa yang membacanya, dia tidak akan mengangkat kepalanya melainkan diberi keampunan -aku menyangka baginda mengatakan:- untuknya.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 148, hadis nombor 749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: ((كانت ليلتي من رسول الله صلى الله عليه وسلم، فانسلَّ، فظننت أنما انسل إلى بعض نسائه؛ فخرجتُ غيرى، فإذا أنا به ساجدٌ كالثوب الطريح، فسمعته يقول: سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي. ربَّ! هذه يدي وما جنيت به على نفسي. يا عظيمُ! ترجى لكل عظيم؛ فاغفر الذنب العظيم. قالت: فرفع رأسه فقال: ما أخرجك؟ قالت: ظنٌّ ظننتُه! قال: إن بعض الظن إثمٌ، واستغفري الله! إن جبريل أتاني فأمرني أن أقول هذه الكلمات التي سمعت، فقوليها في سجودك، فإنه من قالها؛ لم يرفع رأسه حتى يُغفر أظنه قال:- له)). [ع، عق، عد، ((الضعيفة)) (6579)]

(Sangat Munkar)
Daripada ‘Ā’ishah RA, beliau berkata: Pada suatu hari yang mana ia adalah giliran malamku bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba baginda keluar secara perlahan-lahan. Lalu aku menyangka bahawa baginda keluar menuju ke rumah sebahagian isteri baginda. Maka keluarlah perasaan cemburuku. Tiba-tiba aku melihat baginda sedang bersujud seperti pakaian yang terhampar, lalu aku mendengar baginda berkata: Telah bersujud untuk-Mu seluruh tubuhku dan jantung hatiku telah beriman dengan-Mu. Wahai Tuhanku, ini adalah kedua tanganku dan apa yang telah aku bentangkan daripada jasadku. Wahai Tuhan yang Maha Agung, yang diharapkan bagi setiap keagungan, maka ampunkanlah dosa-dosaku yang besar.
‘Ā’ishah berkata: Kemudian baginda mengangkat kepala baginda lalu bertanya: Apa yang menyebabkan kamu keluar? ‘Ā’ishah menjawab: Kerana sangkaan yang aku rasakan! Lalu baginda berkata: Sesungguhnya sebahagian sangkaan itu ialah dosa, dan beristighfarlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku, lalu dia mengarahkan aku agar aku membaca beberapa kalimah yang kamu dengar itu. Hendaklah kamu membacanya di dalam sujud kamu. Kerana sesiapa yang membacanya, dia tidak akan mengangkat kepalanya melainkan diberi keampunan -aku menyangka baginda mengatakan:- untuknya. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6579]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.