TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان في المسجد فسمع كلاما من ورائه فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Pada suatu hari, Rasulullah SAW berada dalam masjid, Baginda mendengar suara dari belakangnya. Orang ramai menoleh, ternyata ia adalah Khadir.
STATUS
Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 88, hadis nombor 221. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini seperti dalam muqaddimah kitabnya:
قيل لا أصل له أو بأصله موضوع.
Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.