Dusta

30/06/2024

minit bacaan



Pada suatu hari, Rasulullah SAW berada dalam masjid, Baginda mendengar suara dari belakangnya

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: إِن رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كَانَ فِي الْمَسْجِد فَسمع كلَاما من وَرَائه فَذَهَبُوا ينظرُونَ فَإِذا هُوَ الْخضر.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Pada suatu hari, Rasulullah SAW berada dalam masjid, Baginda mendengar suara dari belakangnya. Orang ramai menoleh, ternyata ia adalah Khadir.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H)

Status

Dusta

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 88, hadis no. 221. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: رحم الله أخي الْخضر، لَو كَانَ حَيا لزارني. قَالَ ابْن حجر: لَا يثبت مَرْفُوعا، بل هُوَ من اخْتِلَاف بعض الْكَذَّابين، وَقَالَ ابْن قيم الجوزية: الْأَحَادِيث الَّتِي يذكر فِيهَا الْخضر وحياته كلهَا كذب وَلَا يَصح فِي حَيَاته شَيْء. كَحَدِيث: إِن رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كَانَ فِي الْمَسْجِد فَسمع كلَاما من وَرَائه فَذَهَبُوا ينظرُونَ فَإِذا هُوَ الْخضر.

Hadith: “Semoga Allah merahmati saudaraku al-Khadir. Jika beliau masih hidup, tentu dia akan menziarahiku.” Ibn Hajar berkata: Tidak sabit secara marfu’. Bahkan ia merupakan ikhtilaf sebahagian para pendusta, dan Ibn Qayyim al-Jawziyah berkata: Hadis-hadis yang disebutkan padanya al-Khadir (Nabi Khidir) dan hayatnya, kesemuanya dusta dan tiada yang sahih tentang hayatnya sedikitpun. Seperti Hadith: “Sesungguhnya Rasulullah SAW suatu hari berada dalam masjid, lalu Baginda mendengar kata-kata daripada belakangnya. Lantas orang ramai menoleh, rupa-rupanya dia adalah Khadir.”

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.