Pada setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakat bagi rumah adalah rumah tamu

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء زكاة وزكاة الدار بيت الضيافة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakat bagi rumah adalah rumah tamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 861, hadis nombor 4395. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لكل شيء زكاة وزكاة الدار بيت الضيافة)). [الرافعي، ابن عساكر، السهمي، ((الضعيفة)) (318)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Pada setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakat bagi rumah adalah rumah tamu.”
[Riwayat al-Rafi’i dalam Tarikh Qazwin, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 318].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs