Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في كُلِّ رَكْعتينِ تسليمةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Pada setiap dua rakaat itu (terdapat) satu salam.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis no. 1518. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه - مرفوعا: «في كل ركعتين تسليمة». [ه، «الضعيفة» (4023)]
(Daif) Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada setiap dua rakaat itu (terdapat) satu salam. [Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4023]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman