Pada permulaan malam bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

في أول ليلة رجب عشرون ركعة بالإخلاص مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada permulaan malam bulan Rejab, ada solat yang ditunaikan sebanyak dua puluh rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas sekali pada setiap rakaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في اللآلئ عن أنس في أول ليلة رجب عشرون ركعة بالإخلاص مرة موضوع.

Di dalam kitab al-La’ali menyebut: Daripada Anas:
“Pada permulaan malam bulan Rejab, ada solat yang ditunaikan sebanyak dua puluh rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas sekali pada setiap rakaat.”
Hadith ini adalah hadith yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs