Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Pada mulanya baginda menyaringkan bacaan "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" di Mekah

Teks Bahasa Arab

كَانَ يَجْهَرُ بِـ{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ} بِمَكَّةَ، وَكَانَ أَهْلُ مَكَّةَ يَدْعُونَ (مُسَيْلِمَةَ): الرَّحْمَانَ، فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّدًا يَدْعُو إِلَى إِلَهِ الْيَمَامَةِ، فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهَ ﷺ فَأَخْفَاهَا، فَمَا جَهَرَ بِهَا حَتَّى مَاتَ.

Teks Bahasa Melayu

Pada mulanya baginda menyaringkan bacaan "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" di Mekah, sedangkan penduduk Mekah memanggil Musaylamah (dengan gelaran) "yang maha pengasih". Lalu mereka berkata: Sesungguhnya Muhammad berdoa kepada tuhan al-Yamamah. Maka Rasulullah ﷺ diperintahkan lalu memperlahankannya. Baginda tidak lagi menyaringkannya sehinggalah baginda wafat.

Sahabat Perawi

  1. Sa'id bin Jubayr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 339, hadis no. 1776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، قال: ((كَانَ يَجْهَرُ بِـ{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ} بِمَكَّةَ، وَكَانَ أَهْلُ مَكَّةَ يَدْعُونَ (مُسَيْلِمَةَ): الرَّحْمَانَ، فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّدًا يَدْعُو إِلَى إِلَهِ الْيَمَامَةِ، فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهَ ﷺ فَأَخْفَاهَا، فَمَا جَهَرَ بِهَا حَتَّى مَاتَ)). [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (6430)].

(Munkar) Daripada Sa'id bin Jubayr RA berkata: Pada mulanya baginda menyaringkan bacaan "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" di Mekah, sedangkan penduduk Mekah memanggil Musaylamah (dengan gelaran) "yang maha pengasih". Lalu mereka berkata: Sesungguhnya Muhammad berdoa kepada tuhan al-Yamamah. Maka Rasulullah ﷺ diperintahkan lalu memperlahankannya. Baginda tidak lagi menyaringkannya sehinggalah baginda wafat. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6430].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.