Pada mana-mana hari dalam bulan Rejab, Baginda berpuasa dan menunaikan solat

TEKS BAHASA ARAB

في يوم من رجب يصوم ويصلي أربع ركعات في الركعة الأولى آية الكرسي مائة مرة وفي الثانية الإخلاص مائة مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada mana-mana hari dalam bulan Rejab, Baginda berpuasa dan menunaikan solat sebanyak empat rakaat. Pada rakaat pertama, Baginda membaca ayat Kursi sebanyak seratus kali dan pada rakaat kedua, Baginda membaca Surah al-Ikhlas sebanyak seratus rakaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Hadith ini adalah hadith yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs