Pada malam Selasa, beberapa rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas

TEKS BAHASA ARAB

وفي ليلة الثلاثاء ركعات بالإخلاص والمعوذتين خمس عشرة مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam Selasa, beberapa rakaat dengan membaca Surah al-Ikhlas dan al-Mu’awwizatain (surah al-Falaq dan al-Nas) sebanyak lima belas kali.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

له أيضا، وروي أربع ركعات والكل باطل.

Ia juga diriwayatkan oleh al-Jawzaqani. Diriwayatkan bahawa pada hari tersebut, solat adalah sebanyak empat rakaat. Kesemuanya adalah batil.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs