Pada malam Rabu, solat sebanyak enam rakaat

TEKS BAHASA ARAB

في ليلة الأربعاء ست ركعات بقل اللهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam Rabu, solat sebanyak enam rakaat dengan membaca ayat قل اللَّهُمَّ.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا وروى هو أيضا أربعا وثلاثين ركعة والكل باطل.

Ia adalah hadith daif jiddan (sangat lemah). Al-Jawzaqani juga meriwayatkan bahawa solat pada malam Rabu adalah sebanyak tiga puluh empat rakaat. Kesemuanya adalah batil.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs