Pada malam pertengahan Sya’ban, ada suara yang memanggil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان ليلة النصف من شعبان؛ نادى مناد: هل من مستغفر فأغفر له، هل من سائل فأعطيه؟ فلا يسأل أحد شيئا إلا أعطي، إلا زانية بفرجها، أو مشرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam pertengahan Sya’ban, ada suara yang memanggil: Adakah ada mana-mana hamba yang meminta ampun untuk Aku ampunkan? Adakah ada hamba yang memohon untuk Aku perkenankan permohonannya? Tiada yang meminta apa-apa melainkan Aku akan perkenankan melainkan wanita yang berzina dengan farajnya atau orang yang melakukan kesyirikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1948, hadis nombor 9757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه قال: قال ﷺ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ؛ نَادَى مُنَادٍ: هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ فَأَغْفِرَ لَهُ، هَلْ مِنْ سَائِلٍ فَأُعْطِيَهُ؟ فَلَا يَسْأَلُ أَحَدٌ شَيْئًا إِلَّا أُعْطِيَ، إِلَّا زَانِيَةٌ بِفَرْجِهَا، أَوْ مُشْرِكٌ.
[هب، ((الضعيفة)) (7000)]

(Lemah)
Daripada Uthman Bin Abu al-‘As RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada malam pertengahan Sya’ban, ada suara yang memanggil: Adakah ada mana-mana hamba yang meminta ampun untuk Aku ampunkan? Adakah ada hamba yang memohon untuk Aku perkenankan permohonannya? Tiada yang meminta apa-apa melainkan Aku akan perkenankan melainkan wanita yang berzina dengan farajnya atau orang yang melakukan kesyirikan.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Sha'b al-Iman. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7000]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.