Pada malam pertama di bulan Ramadan, Allah SWT melihat kepada hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله إلى خلقه وإذا نظر الله إلى عبد لم يعذبه أبداً ولله في كل يوم ألف ألف عتيق من النار فإذا كانت ليلة تسع وعشرين أعتق الله فيها مثل جميع ما أعتق في الشهر كله فإذا كانت ليلة الفطر ارتجت الملائكة وتجلى الجبار بنوره مع أنه لا يصفه الواصفون فيقول للملائكة وهم في عيدهم من الغد: يا معشر الملائكة يوحي إليهم ما جزاء الأجير إذا أوفى عمله؟ فتقول الملائكة: يوفى أجره. فيقول الله تعالى: أشهدكم أني قد غفرت لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam pertama di bulan Ramadan, Allah SWT melihat kepada hamba-Nya, dan apabila Allah SWT melihat (reda) kepada hamba-Nya, maka Dia tidak akan mengazabnya selama-lamanya. Pada setiap hari dalam Ramadan, Allah SWT membebaskan 1,000,000 hamba-Nya daripada neraka. Apabila menjelang malam ke 29 Ramadan, Allah SWT membebaskan penghuni neraka yang mana jumlahnya sebanyak bilangan hamba yang Allah SWT bebaskan sepanjang satu bulan itu. Apabila menjelang hari raya; menggigillah para malaikat melihat cahaya Allah Yang Maha Berkuasa yang terang benderang tidak tergambar oleh akal manusia keadaan itu. Melihatkan cahaya itu, maka Allah SWT berfirman kepada para malaikat yang mana para malaikat itu sedang bergembira dengan kedatangan hari raya pada esok hari: Wahai para malaikat! Berikanlah peringatan kepada manusia! Apakah ganjaran untuk orang yang bekerja setelah dia menyempurnakan kerjanya itu? Maka para malaikat menjawab: Mereka diberikan ganjaran (pahala). Lalu, Allah SWT berfirman: Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa-dosa mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1147, hadis nombor 5801. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله إلى خلقه وإذا نظر الله إلى عبد لم يعذبه أبداً ولله في كل يوم ألف ألف عتيق من النار فإذا كانت ليلة تسع وعشرين أعتق الله فيها مثل جميع ما أعتق في الشهر كله فإذا كانت ليلة الفطر ارتجت الملائكة وتجلى الجبار بنوره مع أنه لا يصفه الواصفون فيقول للملائكة وهم في عيدهم من الغد: يا معشر الملائكة يوحي إليهم ما جزاء الأجير إذا أوفى عمله؟ فتقول الملائكة: يوفى أجره. فيقول الله تعالى: أشهدكم أني قد غفرت لهم. [الأصبهاني، ابن الجوزي، الضعيفة (5468)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Pada malam pertama di bulan Ramadan, Allah SWT melihat kepada hamba-Nya, dan apabila Allah SWT melihat (reda) kepada hamba-Nya, maka Dia tidak akan mengazabnya selama-lamanya. Pada setiap hari dalam Ramadan, Allah SWT membebaskan 1,000,000 hamba-Nya daripada neraka. Apabila menjelang malam ke 29 Ramadan, Allah SWT membebaskan penghuni neraka yang mana jumlahnya sebanyak bilangan hamba yang Allah SWT bebaskan sepanjang satu bulan itu. Apabila menjelang hari raya; menggigillah para malaikat melihat cahaya Allah Yang Maha Berkuasa yang terang benderang tidak tergambar oleh akal manusia keadaan itu. Melihatkan cahaya itu, maka Allah SWT berfirman kepada para malaikat yang mana para malaikat itu sedang bergembira dengan kedatangan hari raya pada esok hari: Wahai para malaikat! Berikanlah peringatan kepada manusia! Apakah ganjaran untuk orang yang bekerja setelah dia menyempurnakan kerjanya itu? Maka para malaikat menjawab: Mereka diberikan ganjaran (pahala). Lalu, Allah SWT berfirman: Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa-dosa mereka. [Riwayat al-Asbahani, Ibn Jawzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5468].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs