Pada malam ketika aku diisrakkan, aku telah melihat di atas Arasy tertulis

TEKS BAHASA ARAB

ليلة أسري بي رأيت على العرش مکتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، أبو بكر الصديق، عمر الفاروق، عثمان ذو النورين يقتل مظلوما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam ketika aku diisrakkan, aku telah melihat di atas Arasy tertulis: Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad utusan Allah, Abū Bakar al-Ṣiddīq, ‘Umar al-Fārūq, ‘Uthmān pemilik dua cahaya yang dibunuh secara zalim.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 526, hadis nombor 2786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسين بن علي – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «ليلة أسري بي رأيت على العرش مکتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، أبو بكر الصديق، عمر الفاروق، عثمان ذو النورين يقتل مظلوما».
[خط، «الضعيفة» (5617)].

(Palsu) Daripada Husain bin Ali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada malam ketika aku diisrakkan, aku telah melihat di atas Arasy tertulis: Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad utusan Allah, Abu Bakar al-Siddiq, ‘Umar al-Faruq, ‘Uthman pemilik dua cahaya yang dibunuh secara zalim.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5617]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs