Pada malam israk, aku telah singgah di sebuah istana yang dibina daripada intan permata yang bersinar-sinar

TEKS BAHASA ARAB

ليلة أسري بي انتهيت إلى قصر من لؤلؤة تتلألأ نورا وأعطيت ثلاثا: إنك سيد المرسلين وإمام المتقين، وقائد الغر المحجلين

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam israk, aku telah singgah di sebuah istana yang dibina daripada intan permata yang bersinar-sinar dan aku diberikan tiga gelaran: Kamu adalah penghulu para Rasul (Sayyid al-Mursalin), imam orang-orang yang bertakwa (Imam al-Muttaqin) dan pemimpin orang-orang yang tangan dan kaki bercahaya (kerana wuduk dengan sempurna) (al-Ghur wa al-Muhajjalin).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1093, hadis nombor 5553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن أسد بن زرارة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليلةَ أُسْرِيَ بي انتهيتُ إلى قصرٍ من لُؤْلُؤْةٍ تتلألأ نورًا وأُعطِيتُ ثلاثًا: إنك سيِّدُ المُرْسَلِين وإمامُ المُتَّقِينَ، وقائدُ الغُرِّ المُحَجَّلِينَ. [البزار، الضعيفة (6401)].

(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin As‘ad bin Zurarah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam israk (diangkat ke langit), aku telah singgah di sebuah istana yang dibina daripada intan permata yang bersinar-sinar dan aku diberikan tiga gelaran: Kamu adalah penghulu para Rasul (Sayyid al-Mursalin), imam orang-orang yang bertakwa (Imam al-Muttaqin) dan pemimpin orang-orang yang tangan dan kaki bercahaya (kerana wuduk dengan sempurna) (al-Ghur wa al-Muhajjalin). [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6401]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs