Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليلةَ أُسْرِيَ بي انتهيتُ إلى قصرٍ من لُؤْلُؤْةٍ تتلألأ نوراً، وأُعطِيتُ ثلاثاً: إنك سيِّدُ المُرْسَلِين وإمامُ المُتَّقِينَ، وقائدُ الغُرِّ المُحَجَّلِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Pada malam israk, aku telah singgah di sebuah istana yang dibina daripada intan permata yang bersinar-sinar dan aku diberikan tiga gelaran: Kamu adalah penghulu para Rasul (Sayyid al-Mursalin), imam orang-orang yang bertakwa (Imam al-Muttaqin) dan pemimpin orang-orang yang tangan dan kaki bercahaya (kerana wuduk dengan sempurna) (al-Ghur wa al-Muhajjalin).
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin As‘ad bin Zurarah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1093, hadis no. 5553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن أسعد بن زرارة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليلةَ أُسْرِيَ بي انتهيتُ إلى قصرٍ من لُؤْلُؤْةٍ تتلألأ نورًا وأُعطِيتُ ثلاثًا: إنك سيِّدُ المُرْسَلِين وإمامُ المُتَّقِينَ، وقائدُ الغُرِّ المُحَجَّلِينَ. [البزار، الضعيفة (6401)].
(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin As‘ad bin Zurarah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam israk (diangkat ke langit), aku telah singgah di sebuah istana yang dibina daripada intan permata yang bersinar-sinar dan aku diberikan tiga gelaran: Kamu adalah penghulu para Rasul (Sayyid al-Mursalin), imam orang-orang yang bertakwa (Imam al-Muttaqin) dan pemimpin orang-orang yang tangan dan kaki bercahaya (kerana wuduk dengan sempurna) (al-Ghur wa al-Muhajjalin). [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6401]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman