Pada malam Israk, aku melintasi seorang lelaki yang samar-samar dalam cahaya Arasy

TEKS BAHASA ARAB

مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله وقلبه معلقا بالمساجد ولم يستسب لوالديه قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam Israk, aku melintasi seorang lelaki yang samar-samar dalam cahaya Arasy. Aku berkata: Siapakah ini? Adakah dia malaikat? Dijawab: Bukan. Aku berkata lagi: Adakah dia nabi? Dijawab lagi: Bukan. Aku bertanya: Siapakah dia? Maka dijawab: Ini adalah lelaki yang ketika di dunia dahulu, lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah, hatinya sentiasa terpaut dengan masjid dan dia tidak pernah menyebabkan apa-apa cemuhan pada ibu bapanya walaupun sekali.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1121, hadis nombor 5661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي المخارق قال: قال صلى الله عليه وسلم: مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله وقلبه معلقا بالمساجد ولم يستسب لوالديه قط. [ابن أبي الدنيا في كتاب الأنبياء، الضعيفة (6845)].

(Munkar) Daripada Abu al-Mukhariq, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam Israk, aku melintasi seorang lelaki yang samar-samar dalam cahaya Arasy. Aku berkata: Siapakah ini? Adakah dia malaikat? Dijawab: Bukan. Aku berkata lagi: Adakah dia nabi? Dijawab lagi: Bukan. Aku bertanya: Siapakah dia? Maka dijawab: Ini adalah lelaki yang ketika di dunia dahulu, lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah, hatinya sentiasa terpaut dengan masjid dan dia tidak pernah menyebabkan apa-apa cemuhan pada ibu bapanya walaupun sekali. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Kitab al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6845]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.