Pada malam baginda SAW diisrakkan

TEKS BAHASA ARAB

ليلة أسري بي رأيت على العرش مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، أبو بكر الصديق، عمر الفاروق، عثمان ذو النورين يقتل مظلوما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malam aku diisrakkan, aku telah melihat di atas ‘Arash tertulis: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah, Abu Bakr al-Siddiq, ‘Umar al-Faruq, ‘Uthman Zu al-Nurain akan dibunuh secara zalim.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1369 – 1370, hadis nombor 6977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسين بن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: ليلة أسري بي رأيت على العرش مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، أبو بكر الصديق، عمر الفاروق، عثمان ذو النورين يقتل مظلوما.
[خط، ((الضعيفة)) (5617)]

(Palsu)
Daripada al-Husain bin ‘Ali RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Malam aku diisrakkan, aku telah melihat di atas ‘Arash tertulis: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah, Abu Bakr al-Siddiq, ‘Umar al-Faruq, ‘Uthman Zu al-Nurain akan dibunuh secara zalim.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5617]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs