Pada malam aku diperjalankan

TEKS BAHASA ARAB

مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد ولم يستسب لوالديه قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku diperjalankan (semasa Israk Mikraj), aku melalui seorang lelaki yang berlindung di bawah cahaya ‘Arasy. Lalu aku bertanya: Siapakah ini? Adakah ia malaikat? Dikatakan: Bukan. Aku bertanya: Adakah dia seorang Nabi? Dikatakan: Bukan. Aku bertanya: Siapakah dia? Jibril menjawab: Ini seorang lelaki yang dahulu di dunia lidahnya basah disebabkan zikrullah, dan jantung hatinya bertaut dengan masjid, dan dia tidak menyebabkan ibu bapanya dicaci walau sekalipun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis nombor 807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي المخارق، قال: قال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ: مررتُ ليلةَ أُسْرِيَ بي برجلٍ مُغيبٍ في نورِ العرشِ فقلتُ: من هذا؟ مَلَكٌ؟ قيلَ: لا. قلتُ: نبيٌّ؟ قيلَ: لا. قلتُ: من هو؟ قال: هذا رجلٌ كان في الدُّنيا لسانُه رَطِبًا من ذِكْرِ اللهِ، وقلبُهُ معلقًا بالمساجدِ ولم يَسْتَسِبَّ لوالدِّيَهِ قطُّ.
[ابن أبي الدنيا في ((كتاب الأولياء))، ((الضعيفة)) (6845)]

(Munkar)
Daripada Abu Al-Mukhariq, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam aku diperjalankan (semasa Israk Mikraj), aku melalui seorang lelaki yang berlindung di bawah cahaya ‘Arasy. Lalu aku bertanya: Siapakah ini? Adakah ia malaikat? Dikatakan: Bukan. Aku bertanya: Adakah dia seorang Nabi? Dikatakan: Bukan. Aku bertanya: Siapakah dia? Jibril menjawab: Ini seorang lelaki yang dahulu di dunia lidahnya basah disebabkan zikrullah, dan jantung hatinya bertaut dengan masjid, dan dia tidak menyebabkan ibu bapanya dicaci walau sekalipun.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam Kitab al-Awliya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6845]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs