TEKS BAHASA ARAB
حديث: ليلة أسري بي إلى السماء سقط إلى الأرض من عرقي فنبت منه الورد، فمن أرد أن يشم رائحتي فليشم الورد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Pada malam aku diperjalankan ke langit gugur peluhku ke bumi, dan daripada peluhku tumbuh bunga mawar. Sesiapa yang ingin mencium bauku, maka ciumlah bunga mawar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 215, hadis nombor 682. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع كما ذكره علي قاري.
Palsu seperti disebutkan oleh Ali Qari.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.