Pada malam aku diperjalankan ke langit gugur peluhku ke bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: ليلة أسري بي إلى السماء سقط إلى الأرض من عرقي فنبت منه الورد.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Pada malam aku diperjalankan ke langit gugur peluhku ke bumi lalu daripada peluhku tumbuh bunga mawar.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 196, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن علي رضي الله عنه مرفوعا وهو موضوع.
وفي لفظ: الورد الأبيض خلق من عرقي ليلة المعراج وخلق الورد الأحمر من عرق جبريل وخلق الورد الأصفر من عرق البراق وهو موضوع.
وفي لفظ: من أراد أن يشم رائحتي فليشم الورد الأحمر وله ألفاظ أخر كلها موضوعة.

Ibn ‘Adi meriwayatkannya daripada Ali RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan hadith ini palsu.
Dalam satu lafaz: Mawar putih dicipta daripada peluhku di malam mikraj, mawar merah daripada peluh Jibril dan mawar kuning daripada peluh burqa, dan hadith ini palsu.
Dalam satu lafaz: Sesiapa yang ingin mencium bauku, maka ciumlah mawar merah dan bagi hadith ini lafaz-lafaz lain yang semuanya adalah palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon