Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pada malam aku diperjalankan ke langit

Teks Bahasa Arab

حديث: لَيْلَة أسرِي بِي إِلَى السَّمَاء سقط إِلَى الأَرْض من عرقي فنبت مِنْهُ الْورْد، فَمن أرد أَن يشم رائحتي فليشم الْورْد.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Pada malam aku diperjalankan ke langit gugur peluhku ke bumi, dan daripada peluhku tumbuh bunga mawar. Sesiapa yang ingin mencium bauku, maka ciumlah bunga mawar.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 215, hadis no. 682. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع كما ذكره علي قاري.

Palsu seperti disebutkan oleh Ali Qari.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.