Pada malam aku dimikrajkan ke langit, bumi menangisiku

TEKS BAHASA ARAB

ليلة عرج بي إلى السماء بكت علي الأرض، فأنبت الله من بكاء الأرض (الكبر) وهو (الأصف)؛ فمن أراد أن يشم بكاء الأرض فليشم ( الكبر)، فلما رفعت إلى ربي فحياني بالرسالة، وفضلني بالنبوة، وأكرمني بالشفاعة، وفرض علي الخمسين صلاة، هبطت من سماء إلى سماء، فلما جزت إلى سماء الدنيا تصببت عرقا، فانصب عرقي على الأرض، فأنبت الله من عرقي الورد الأحمر؛ فمن أراد أن يشم عرقي، فليشم الورد الأحمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku dimikrajkan ke langit, bumi menangisiku. Lalu Allah tumbuhkan dari tangisan bumi itu pokok Kubar dan ia ialah al-Asof (caper bush). Maka barangsiapa yang ingin menghidu bau tangisan bumi, hidulah pokok Kubar. Apabila aku naik ke sana, Tuhan menyambut aku dengan risalah, meningkatkan darjat aku dengan kenabian, memuliakan aku dengan syafaat dan (mewajibkan) ke atasku 50 rakaat solat. Aku dibawa dari langit ke langit yang lain. Apabila aku melepasi langit dunia, menitislah peluhku. Titisan itu jatuh ke bumi. Lalu Allah menumbuhkan dari titisan peluhku itu pohon ros merah. Maka barangsiapa yang mahu menghidu peluhku, hidulah ros merah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1833, hadis nombor 9241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ليلة عُرِجَ بي إلى السماء بكت عليّ الأرض، فأنبت الله من بكاء الأرض (الكُبَر) وهو (الأَصَف)؛ فمن أراد أن يشمم بكاء الأرض فليشمّ (الكُبَر)، فلما رُفِعَت إلى بي فحيّاني بالرسالة، وفضلني بالنبوة، وأكرمني بالشفاعة، وعلي الخمسين صلاة، هبطتُ من سماء إلى سماء، فلما جزتُ إلى سماء الدنيا تصبّتتُ عرقا، فانصبّ عرقي على الأرض، فأثبت الله من عرقي الورد الأحمر؛ فمن أراد أن يشم عرقي، قلیشم الورد الأحمر. [الرافعي، (الضعيفة) (3279)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abu Talib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam aku dimikrajkan ke langit, bumi menangisiku. Lalu Allah tumbuhkan dari tangisan bumi itu pokok Kubar dan ia ialah al-Asof (caper bush). Maka barangsiapa yang ingin menghidu bau tangisan bumi, hidulah pokok Kubar. Apabila aku naik ke sana, Tuhan menyambut aku dengan risalah, meningkatkan darjat aku dengan kenabian, memuliakan aku dengan syafaat dan (mewajibkan) ke atasku 50 rakaat solat. Aku dibawa dari langit ke langit yang lain. Apabila aku melepasi langit dunia, menitislah peluhku. Titisan itu jatuh ke bumi. Lalu Allah menumbuhkan dari titisan peluhku itu pohon ros merah. Maka barangsiapa yang mahu menghidu peluhku, hidulah ros merah.” [Riwayat al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3279].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs