Pada malam aku diisrakkan; Aku tiba (untuk bertemu) Tuhanku 'Azza wa Jalla

TEKS BAHASA ARAB

ليلة أسري بي؛ انتهيت إلى ربي -عز وجل- فأوحى إلي في علي بثلاث: أنه سيد المسلمين، وولي المتقين، وقائد الغر المحجلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku diisrakkan; Aku tiba (untuk bertemu) Tuhanku ‘Azza wa Jalla. Kemudian, diwahyukan kepada aku tiga perkara mengenai ‘Ali: "Dia ialah ketua bagi kaum Muslimin, pemimpin orang-orang bertakwa dan penghulu orang-orang yang bercahaya (kerana tanda wuduk)."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1873, hadis nombor 9439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن أسعد بن زرارة مرفوعا: ((ليلة أسري بي؛ انتهيت إلى ربي -عز وجل- فأوحى إلي في علي بثلاث: أنه سيد المسلمين، وولي المتقين، وقائد الغر المحجلين)). [السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، ((الضعيفة) (4889)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin As’ad bin Zararah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada malam aku diisrakkan; Aku tiba (untuk bertemu) Tuhanku ‘Azza wa Jalla. Kemudian, diwahyukan kepada aku tiga perkara mengenai ‘Ali: "Dia ialah ketua bagi kaum Muslimin, pemimpin orang-orang bertakwa dan penghulu orang-orang yang bercahaya (kerana tanda wuduk)." [Riwayat al-Silafi dalam al-Thuyuriyaat dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, 4889]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs