Pada malam aku diisra’kan, aku melintasi seorang lelaki yang hilang dalam cahaya ‘Arasy

TEKS BAHASA ARAB

مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش، فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد، ولم يستسب لوالديه قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku diisra’kan, aku melintasi seorang lelaki yang hilang dalam cahaya ‘Arasy. Lalu aku bertanya: Siapa lelaki ini? Malaikatkah? kemudian dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Nabikah?, lalu dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Siapakah dia?, lantas dijawab: “Inilah seorang lelaki yang ketika di dunia, lidahnya basah kerana berzikir kepada Allah, hatinya terikat dengan masjid, dan dia tidak pernah mencela ibubapanya (atau membuat mereka dicela).”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581, hadis nombor 2988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي ‌المخارق، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((‌مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش، فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد، ولم يستسب لوالديه قط)). [ابن أبي الدنيا في ((كتاب الأولياء))، ((الضعيفة)) (6845)].

(Munkar) Daripada Abu al-Mukhariq berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Pada malam aku diisra’kan, aku melintasi seorang lelaki yang hilang dalam cahaya ‘Arasy. Lalu aku bertanya: Siapa lelaki ini? Malaikatkah? kemudian dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Nabikah?, lalu dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Siapakah dia?, lantas dijawab: “Inilah seorang lelaki yang ketika di dunia, lidahnya basah kerana berzikir kepada Allah, hatinya terikat dengan masjid, dan dia tidak pernah mencela ibubapanya (atau membuat mereka dicela).” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Kitab al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6845].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs