Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد ولم يستسب لوالديه قط.
Teks Bahasa Melayu
Pada malam aku diisra’kan, aku melintasi seorang lelaki yang hilang dalam cahaya ‘Arasy. Lalu aku bertanya: Siapa lelaki ini? Malaikatkah? kemudian dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Nabikah?, lalu dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Siapakah dia?, lantas dijawab: “Inilah seorang lelaki yang ketika di dunia, lidahnya basah kerana berzikir kepada Allah, hatinya terikat dengan masjid, dan dia tidak pernah mencela ibubapanya (atau membuat mereka dicela).”
Sahabat Perawi
- Abu al-Mukhariq
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581, hadis no. 2988.
(منكر) عن أبي المخارق، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((مررت ليلة أسري بي برجل مغيب في نور العرش، فقلت: من هذا؟ ملك؟ قيل: لا. قلت: نبي؟ قيل: لا. قلت: من هو؟ قال: هذا رجل كان في الدنيا لسانه رطبا من ذكر الله، وقلبه معلقا بالمساجد، ولم يستسب لوالديه قط)). [ابن أبي الدنيا في ((كتاب الأولياء))، ((الضعيفة)) (6845)].
(Munkar) Daripada Abu al-Mukhariq berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Pada malam aku diisra’kan, aku melintasi seorang lelaki yang hilang dalam cahaya ‘Arasy. Lalu aku bertanya: Siapa lelaki ini? Malaikatkah? kemudian dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Nabikah?, lalu dijawab: “Bukan.” Aku bertanya: Siapakah dia?, lantas dijawab: “Inilah seorang lelaki yang ketika di dunia, lidahnya basah kerana berzikir kepada Allah, hatinya terikat dengan masjid, dan dia tidak pernah mencela ibubapanya (atau membuat mereka dicela).” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Kitab al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6845].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman