Pada malam aku diangkat ke langit

TEKS BAHASA ARAB

ليلة عرج بي إلى السماء؛ رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، علي حب الله، والحسن والحسين صفوة الله، فاطمة خيرة الله، على باغضهم لعنة الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat ada tulisan yang terukir di pintu syurga: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah makhluk terbaik Allah. Laknat ke atas orang yang membenci mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1936, hadis nombor 9709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ: ليلة عرج بي إلى السماء؛ رأيت على باب الجنة مكتوباً: ولا إله إلا الله محمد رسول الله، عليٌّ حِبُّ الله، والحسن والحسين صفوة الله، فاطمة خيرة الله، على باغضهم لعنةُ الله.
[خط، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6298)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat ada tulisan yang terukir di pintu syurga: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah, Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah makhluk terbaik Allah. Laknat ke atas orang yang membenci mereka.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Bagdad, Ibn Asakir dan Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6298]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.