Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat sesuatu tertulis di pintu Syurga

TEKS BAHASA ARAB

ليلة عرج بي إلى السماء رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله علي حب الله والحسن والحسين صفوة الله فاطمة خيرة الله على باغضهم لعنة الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat sesuatu tertulis di pintu Syurga: Tiada yang berhak untuk disembah selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah, ‘Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah kesukaan Allah, sesiapa yang membenci mereka mendapat laknat Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1093, hadis nombor 5554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: ليلة عرج بي إلى السماء؛ رأيت على باب الجنة مكتوبًا: لا إله إلا الله محمد رسول الله عليٌّ حِبُّ الله والحسن والحسين صفوة الله فاطمة خيرة الله على باغضهم لعنةُ الله. [خط، ابن عساكر، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (6298)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat sesuatu tertulis di pintu Syurga: Tiada yang berhak untuk disembah selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah, ‘Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah kesukaan Allah, sesiapa yang membenci mereka mendapat laknat Allah. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6298]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs