Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْلَةَ عُرِجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ، رَأَيْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوباً: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللهِ، عَلِيٌّ حِبُّ اللهِ، وَالْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ صَفْوَةُ اللهِ، فَاطِمَةُ خِيَرَةُ اللهِ، عَلَى بَاغِضِهِمْ لَعْنَةُ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat sesuatu tertulis di pintu Syurga: Tiada yang berhak untuk disembah selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah, ‘Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah kesukaan Allah, sesiapa yang membenci mereka mendapat laknat Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1093, hadis no. 5554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: ليلة عرج بي إلى السماء؛ رأيت على باب الجنة مكتوبًا: لا إله إلا الله محمد رسول الله عليٌّ حِبُّ الله والحسن والحسين صفوة الله فاطمة خيرة الله على باغضهم لعنةُ الله. [خط، ابن عساكر، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (6298)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat sesuatu tertulis di pintu Syurga: Tiada yang berhak untuk disembah selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah, ‘Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah kesukaan Allah, sesiapa yang membenci mereka mendapat laknat Allah. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6298]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman