Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليلةَ عُرِجَ بي إلى السماءِ؛ رأيتُ على بابِ الجنةِ مكتوبًا: لا إلهَ إلَّا اللهُ محمدٌ رسولُ اللهِ، عليٌّ حبٌّ اللهِ، والحسنُ والحسينُ صفوةُ اللهِ، فاطمةُ خِيرةُ اللهِ، على باغِضِهم لعنةُ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat ada tulisan yang terukir di pintu syurga: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah, Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah makhluk terbaik Allah. Laknat ke atas orang yang membenci mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1936, hadis no. 9709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ: ليلة عرج بي إلى السماء؛ رأيت على باب الجنة مكتوباً: ولا إله إلا الله محمد رسول الله، عليٌّ حِبُّ الله، والحسن والحسين صفوة الله، فاطمة خيرة الله، على باغضهم لعنةُ الله. [خط، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6298)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat ada tulisan yang terukir di pintu syurga: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah, Ali adalah kecintaan Allah, al-Hasan dan al-Husain adalah pilihan Allah, Fatimah adalah makhluk terbaik Allah. Laknat ke atas orang yang membenci mereka. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Bagdad, Ibn Asakir dan Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6298]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman