Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليلةَ عُرِجَ بي إلى السماءِ ؛ رأيتُ على بابِ الجنةِ مكتوبًا : لا إلهَ إلَّا اللهُ محمدٌ رسولُ اللهِ ، عليٌّ حبٌّ اللهِ ، والحسنُ والحسينُ صفوةُ اللهِ ، فاطمةُ خِيرةُ اللهِ ، على باغِضِهم لعنةُ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat pada pintu syurga ditulis: “Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasulullah, Ali kekasih Allah, al-Hasan dan al-Husain yang terpilih di sisi Allah, Fatimah pilihan Allah, sesiapa yang membenci mereka akan mendapat laknat Allah."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 690, hadis no. 3544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليلة عرج بي إلى السماء؛ رأيت على باب الجنة مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، علي حب الله، والحسن والحسين صفوة الله، فاطمة خيرة الله، على باغضهم لعنة الله)). [خط، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6298)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat pada pintu syurga ditulis: “Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasulullah, Ali kekasih Allah, al-Hasan dan al-Husain yang terpilih di sisi Allah, Fatimah pilihan Allah, sesiapa yang membenci mereka akan mendapat laknat Allah.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6298]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman