Batil

30/06/2024

minit bacaan



Pada kuda yang dipelihara dan semua kuda, nilai zakatnya adalah satu dinar

Teks Bahasa Arab

في الخيلِ السَّائمةِ ؛ في كلِّ فرسٍ دينارٌ.

Teks Bahasa Melayu

Pada kuda yang dipelihara dan semua kuda, nilai zakatnya adalah satu dinar.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 882, hadis no. 4530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر -رضي الله عنه-رفعه: (في الخيل السائمة؛ في كل فرس دينار). [قط، هق، ((الضعيفة)) (4014)]

(Batil) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada kuda yang dipelihara dan semua kuda, nilai zakatnya adalah satu dinar. [Riwayat Sunan al-Daraqutni, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4014]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.