Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فِي الخَيْلِ وأَبْوَالِهَا وَأَرْوَاثِهَا كَفٌّ مِنْ مِسْكِ الجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Pada kuda (jihad), kencing dan najisnya segenggam kasturi syurga.
Sahabat Perawi
- Arib al-Mulaiki RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 59, hadis no. 328. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Pereka hadith ini - semoga Allah melaknatnya – sama ada salah satu dari seorang lelaki: sama ada bodoh lagi dungu yang tidak mengetahui apa yang sedang dia katakan atau seorang zindiq yang mahu memburukkan syariat dan orang yang membawanya. Sesiapa yang memasukkan hadith batil seperti ini dalam kitab-kitab sunah dan mengekalkannya dalam lembaran buku-buku syariah, dia tidak terlepas pertanggungjawabannya di hadapan Allah Ta'ala kerana dia telah membantu untuk meruntuhkan syariat dan memburuk-burukkan syariat. Nabi SAW pernah bersabda dalam satu hadith sahih: Sesiapa yang menceritakan daripadaku suatu hadith yang dia lihat bahawa hadith tersebut dusta, maka dia juga termasuk salah seorang pendusta. Wahai al-Suyuti! Adakah anda telah sampai peringkat leka ke tahap ini?
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman