Pada kamu ada kenabian dan kerajaan

TEKS BAHASA ARAB

فيكم النبوة والمملكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada kamu ada kenabian dan kerajaan.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis nombor 4358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال للعباس: ((فيكم النبوة والمملكة)). [الداني في ((الفتن))، عد، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6472)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW berkata kepada Abbas: “Pada kamu ada kenabian dan kerajaan.”
[Riwayat al-Dani dalam al-Fitan, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6472].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs