Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فيكمُ النبوةُ والمملكةُ.
Teks Bahasa Melayu
Pada kamu ada kenabian dan kerajaan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 850, hadis no. 4358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال للعباس: ((فيكم النبوة والمملكة)). [الداني في ((الفتن))، عد، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6472)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW berkata kepada Abbas: “Pada kamu ada kenabian dan kerajaan.” [Riwayat al-Dani dalam al-Fitan, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6472].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman