Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay

TEKS BAHASA ARAB

لما كان يوم قريظة والنضير جاء رسول الله صلى الله عليه وسلم بصفية بنت حيي وذراعها في يده فلما رأت السبي قالت: أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله فأرسل ذراعها من يده وأعتقها وخطبها وتزوجها وأمهرها رزينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay dengan memegang lengannya dengan tangan baginda. Ketika mana Safiyyah melihat para tawanan, dia mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan engkau ialah pesuruh Allah”. Lantas baginda SAW melepaskan lengannya dari tangannya lalu membebaskannya dan meminangnya kemudian mengahwininya dan memberikannya Ruzainah RA sebagai maharnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119, hadis nombor 5655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رزينة قالت: لَمَّا كَانَ يَوْمُ قُرَيْظَةَ وَالنَّضِيرِ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَفِيَّةَ بنتِ حُيَيٍّ وذِرَاعُها فِي يَدِهِ فَلَمَّا رَأَتِ السَّبْيَ، قَالَتْ: أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ فَأَرْسَلَ ذِرَاعَهَا مِنْ يَدِهِ وَأَعْتَقَهَا وَخَطَبَها وَتَزَوَّجَهَا وَأَمْهَرَهَا رُزَيْنَةَ. [ع، طب، الضعيفة (6750)].

(Munkar) Daripada Ruzainah, beliau menceritakan: Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay dengan memegang lengannya dengan tangan baginda. Ketika mana Safiyyah melihat para tawanan, dia mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan engkau ialah pesuruh Allah”. Lantas baginda SAW melepaskan lengannya dari tangannya lalu membebaskannya dan meminangnya kemudian mengahwininya dan memberikannya Ruzainah RA sebagai maharnya. [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6750]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs