Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَمَّا كَانَ يَوْمُ قُرَيْظَةَ وَالنَّضِير جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَفِيَّةَ بنتِ حُيَيٍّ وذِرَاعُها فِي يَدِهِ فَلَمَّا رَأَتِ السَّبْيَ، قَالَتْ: أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ، وَأَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ، فَأَرْسَلَ ذِرَاعَهَا مِنْ يَدِهِ، وَأَعْتَقَهَا، وَخَطَبَها، وَتَزَوَّجَهَا، وَأَمْهَرَهَا رُزَيْنَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay dengan memegang lengannya dengan tangan baginda. Ketika mana Safiyyah melihat para tawanan, dia mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan engkau ialah pesuruh Allah”. Lantas baginda SAW melepaskan lengannya dari tangannya lalu membebaskannya dan meminangnya kemudian mengahwininya dan memberikannya Ruzainah RA sebagai maharnya.
Sahabat Perawi
- Ruzainah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119, hadis no. 5655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رزينة قالت: لَمَّا كَانَ يَوْمُ قُرَيْظَةَ وَالنَّضِيرِ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَفِيَّةَ بنتِ حُيَيٍّ وذِرَاعُها فِي يَدِهِ فَلَمَّا رَأَتِ السَّبْيَ، قَالَتْ: أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ فَأَرْسَلَ ذِرَاعَهَا مِنْ يَدِهِ وَأَعْتَقَهَا وَخَطَبَها وَتَزَوَّجَهَا وَأَمْهَرَهَا رُزَيْنَةَ. [ع، طب، الضعيفة (6750)].
(Munkar) Daripada Ruzainah, beliau menceritakan: Ketika mana hari peperangan dengan Bani Quraizah dan Bani al-Nadhir, Rasulullah SAW datang dengan membawa Safiyyah binti Huyay dengan memegang lengannya dengan tangan baginda. Ketika mana Safiyyah melihat para tawanan, dia mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan engkau ialah pesuruh Allah”. Lantas baginda SAW melepaskan lengannya dari tangannya lalu membebaskannya dan meminangnya kemudian mengahwininya dan memberikannya Ruzainah RA sebagai maharnya. [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6750]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman