Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ غنيٍّ ولا فقيرٍ؛ إلا ودَّ يومَ القيامةِ أنهُ أوتيَ منَ الدنيا قوتًا.
Teks Bahasa Melayu
Tiada seorang yang kaya mahupun fakir, kecuali akan datang pada hari kiamat dalam keadaan dia mengharapkan bahawa di dunia dahulu dia hanya diberikan kurniaan sekadarnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 621, hadis no. 3232. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما من غني ولا فقير؛ إلا وَّدَ يوم القيامة أنه أوتي من الدنيا قوتا)). [هــ، حم، حل، ((الضعيفة)) (4869)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiada seorang yang kaya mahupun fakir, kecuali akan datang pada hari kiamat dalam keadaan dia mengharapkan bahawa di dunia dahulu dia hanya diberikan kurniaan sekadarnya.)) [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, dan Abu Nuaym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4869].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman