Pada hari kiamat terdapat manusia yang tidak ada sepotong daging pun pada wajahnya

TEKS BAHASA ARAB

ليجيئن أقوام يوم القيامة ليست في وجوههم مزعة من لحم قد أحلقوها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat pasti akan datang beberapa kumpulan manusia yang di wajah mereka tidak ada sepotong daging pun, kerana mereka telah membuangnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1341, hadis nombor 6850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أشعب الطامع بن أبي حميدة، قال: أتيت سالم بن عبد الله أسأله، فأشرف علي من خوخة، فقال: ويلك يا أشعب! لا تسل؛ فإن أبي يحدثني، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ليجيئن أقوام يوم القيامة ليست في وجوههم مزعة من لحم قد أحلقوها.
[طب، خط، ((الضعيفة)) (4369)]

(Palsu)
Daripada Ash’ab al-Tami’ bin Abu Hamidah, katanya: Aku datang bertemu Salim bin ‘Abdullah, untuk meminta beliau. Lalu beliau pun memperhatikanku di lubang kecil, beliau pun berkata: Celakalah kamu, wahai Ash’ab! Janganlah kamu meminta-minta kerana ayahku menceritakan kepadaku daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Pada hari kiamat pasti akan datang beberapa kumpulan manusia yang di wajah mereka tidak ada sepotong daging pun, kerana mereka telah membuangnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Llihat silsilah al-Da’ifah, no. 4369]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs